Search This Blog

Tuesday 14 June 2011

Makna Selawat Azimiah

Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon kepadaMu dengan Nur Wajah Allah yang Maha Agung,

yang memenuhi segala penjuru 'Arasy Allah yang Agung,

dan dengannya berdiri seluruh alam Allah yang Agung,

Moga Engkau berselawat ke atas penghulu kami Muhammad yang mempunyai martabat yang Agung,

dan ke atas keluarga Nabi Allah yang Agung,

dengan kadar kebesaran Zat Allah yang Maha Agung,

pada setiap kerlipan mata dan nafas sebanyak bilangan ilmu Allah yang Maha Agung,

dengan salawat yang berkekalan sebagaimana kekalnya Allah yang Maha Agung,

Penghormatan bagi engkau wahai tuan kami, wahai Muhammad, wahai yang mempunyai akhlak yang Agung (indah),

Salam kesejahteran daripadaMu ke atasnya dan ke atas keluarganya seperti yang demikian itu juga,

Himpunkanlah di antara aku dan dia (Muhammad S.A.W.) sebagaimana Engkau menghimpunkan antara roh dan jasad, zahir dan batin sama ada ketika sedar atau tidur,

Jadikanlah dia (Muhammad S.A.W.) wahai Tuhanku roh bagi zatku daripada sekalian wajah (keadaan) di dalam dunia ini sebelum hari akhirat, wahai Allah yang Maha Agung.

4 comments:

  1. Assalamualaikum,
    terima kasih atas artikel ini. Jazakallaha khairan kathira.

    ReplyDelete
  2. bermakna roh nabi bleh msuk ke dalam jasad kita??bgaimana pula dgn roh kita...nk prgi mana??bantu sy ingin blaja...

    ReplyDelete
  3. bermakna roh nabi bleh msuk ke dalam jasad kita??bgaimana pula dgn roh kita...nk prgi mana??bantu sy ingin blaja...

    ReplyDelete
  4. sila berguru tuan... bukan sekadar di dalam blog atau google. terima kasih

    ReplyDelete