Search This Blog

Wednesday 15 June 2011

Pengenalan Ilmu Tasauf

1.  Namanya : Ilmu Tasauf, Ilmu Sirr dan ilmu perjalanan menuju keredhaan Allah.

2.  Pengertiannya : Iaitu Ilmu untuk mengetahui segala urusan nafsu ( hati ) dan sifat-sifatnya yang keji dan terpuji.

3.  Tempat perbahasannya : Iaitu Nafsu ( Hati ) berkenaan perkara- perkara yang berkaitan dengan segala keadaan-keadan hati dan segala sifat-sifatnya.

4.  Buah hasilnya : Iaitu tercapai dengan sebabnya kesucian hati daripada aghyar ( Ingatan selain daripada Allah Taala) dan terhiasnya hati dengan penyaksian  Allah Taala.

5.  Hukumnya : Iaitu wajib ain ( fadhu ain ) atas tiap- tiap mukallaf. Demikian itu kerana seperti mana wajib mempelajari ilmu-ilmu yang memperbaiki zahir, seperti itulah juga wajib mempelajari perkara- perkara yang memperbaiki hati.

6.  Kelebihannya : Iaitu yang teratas dari segala ilmu yang lain dari segi ianya adalah Wasilah ( yang menyampaikan) kepada segala perkara tersebut.

7.  Nisbah (bandingan ) dengan yang ilmu lain : Ia adalah asal tiap- tiap ilmu dan perkara- perkara yang selainnya adalah cawangannya. Nisbahnya di antara perkara- perkara yang batin samalah seperti nisbah ilmu fekah terhadap perkara-perkarayang zahir.

8.  Penyusun : Terdiri daripada mereka, semua Pemuka Ahli Tasauf yang ariffin Billah ( yang telah mengenal Allah Taala, dengan  mata hati ).

9.  Tempat ambilannya : Iaitu daripada Kalam Allah ( Al-Quran) dan hadis Rasulullah Muhammad S.A.W. dan daripada mereka yang mempunyai yakin dan pengenalan ( Makrifat kepada Allah Taala).

10.  Masalah- masalahnya : Iaitu segala  konsep-konsep  yang dibahaskan di dalamnya terdiri daripada hakikat perkara-perkara  yang timbul ( yang hasil daripada menjalani riyadah ilmu tasauf ) seumpama al-fana`,al-baqa`,al-muraqabah dan lain- lain lagi.

No comments:

Post a Comment