Search This Blog

Thursday, 30 June 2011

CARA TERBAIK MENCARI GURU MURSYID DAN TARIQAT MU’TABAR

Jika seseorang tidak dapat membezakan di antara Guru Mursyid yang sebenar dan yang palsu, dia perlu mengerjakan solat sunat dua rakaat di waktu malam tahajjud, untuk memohon petunjuk Allah Ta'ala. Dia kemudiannya memohon kepada Allah menunjukan Guru Mursyid yang akan memimpinnya kepada jalan kebenaran. Dia mesti sungguh-sungguh merayu kepada Allah agar Dia memperlihatkan kepadanya orang yang akan membawa kepada kasih akan Allah Ta'ala.

Panduan tambahan di dalam mengenali Guru Mursyid yang siddiq (benar) serta Tariqat yang Mu’tabar:
 
1.   Tariqat tersebut dipimpin oleh seorang Shaikh yang mempunyai ciri-ciri PEWARIS NABI  iaitu mempunyai silsilah* yang nyata kepada Rasulullah, Alim dalam Syari’at dan Haqiqat, sentiasa bersifat benar, memiliki akhlaq Nabi dan sifat-sifat lainnya.

2.   Tariqat tersebut mempunyai Sistem Pendidikan Ruhaniyyah yang tersusun yang diterima sebagai warisan turun-temurun daripada Rasulullah.                         

3.   Tariqat tersebut tidak mengabaikan Syari’at sebaliknya menjadikan kedua-duanya sebagai gandingan menuju Allah Ta’ala.

* Tanpa silsilah yang nyata pun adalah HARUS di sisi Allah.

Monday, 20 June 2011

Polisi Blog

Blog ini tidak akan melayan perbezaan Tariqat-tariqat Ahmadiah yang belainan secara berlebih-lebihan. Nawaitu ana adalah untuk mengumpul maklumat tentang tokoh-tokoh, amalan-amalan, konsep-konsep dan rujukan-rujukan yang digunasama oleh Tariqat-tariqat Ahmadiah, serta memudah lorongkan mereka yang berminat dengan Tariqat Ahmadiah kepada saluran-saluran yang ada. Semoga usaha ana yang tidak seberapa ini mendapat perkenan Allah Taala dan Rasulullah. Rabbi yassir wala tu'assir. Madad madad ya Rasulullah..

Risalah Musamah bil Qawaid - Shaykh Ahmad bin Idris

Terjemahan:

Adapun bekalan yang lengkap, kata-kata yang masin, atau senjata yang sakti dalam pengembaraan di jalan Allah, untuk seorang yang berakal yang mahu menyelamatkan dirinya dari segala rupa kebinasaan dan mahu pula supaya Allah memasukkan dirinya dalam kumpulan “Al Muqarrabin” dalam segala urusan amalan hidupnya apabila dia mahu melakukan atau bercakap sesuatu hendaklah dia memahami serta mematuhi prinsip-prinsip ini.


Pertama: Hendaklah dia menganggapkan dirinya berada di hadapan Allah Subhanahu Wataala yang akan bertanya kepadanya mengenai perkara itu. Maka hendaklah dia menyediakan jawapan pertanyaan Allah itu sebelum dia memulakannya, jika dia mendapati jawapannya itu benar, tepat dan diredhai oleh Allah Taala, maka bolehlah dia melakukan perkara itu. Hasilnya dia akan mendapat sanjungan di dunia dan di akhirat.


Tetapi jika jawapan yang disediakannya itu tidak diterima oleh Allah dan tidak diredhaiNya maka hendaklah dia menjauhkan diri dari perkara itu kerana jika dilakukan buruk padahnya.


Asas Perbuatan


Prinsip ini adalah asas segala perbualan dan percakapan. Sesiapa yang berbuat dan berpegang teguh dengan prinsip ini segala perlakuannya adalah benar, tepat lahir dan batin tanpa sebarang kecacatan, inilah maksud sabda junjungan Nabi kita yang berbunyi


Ertinya : Hisablah diri kamu sebelum dihisabkan di akhirat nanti dan timbanglah diri kamu sebelum kamu ditimbang di akhirat nanti.


Kedua: Keredhaan Allah Bahawa seorang itu tidak melakukan apa-apa perbuatan dan tidak melafazkan suatu percakapan melainkan kerana mendapatkan keredhaan Allah.


Maka apabila sudah benar tujuan mencari keredhaan Allah dan bersih niatnya dari tujuan-tujuan lain daripada keredhaan Allah dan dia berpegang teguh dengan prinsip ini ketika itu dia tidak akan berkata dan melakukan sesuatu melainkan dengan memastikan kebenarannya dan dengan berhati-hati. Ketika itu segala amalannya adalah semata-mata ikhlas dan kerana Allah jua dari segenap sudut.


lnilah maksud firman Allah taala kepada rasulNya yang teragung kekasihnya yang utama di dalam Al-Quran.


(Surah al-Kahfi ayat 28) Ertinya : Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang beribadat kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredaan Allah semata-mata


Dan firmanNya lagi :


Ertinya : Dan tidak seorang pun akan dibalas budi baiknya melainkan jika dia bertujuan mencari keredhaan Allah, dia akan mendapat keredhaan itu.


Ketiga: Belas Kasihan


Hendaklah seseorang itu menyematkan dalam hati sanubari perasaan belas kasihan terhadap semua orang Islam samada kaya atau miskin, berpangkat atau tidak dan hendaklah dia menunaikan hak-hak yang telah ditetapkan oleh Islam seperti memuliakan dan menjaga kedudukan mereka.


Maka apabila prinsip ini sudah bersemadi teguh dalam sanubari ketika itu Allah mengurniakannya rahmat Illahiyah melimpahi seluruh tubuh badannya dan dia dapat merasakan kemanisan rahmat lllahiyah itu, maka dengan itu bererti ía mendapat sebahagian besar dan pusaka yang ditinggalkan oleh Nabi iaitu rahmatnya, seperti yang ditegaskan oleh Allah dalam firmannya:


(Surah al-Anbiya ayat 107) Ertinya : Kami tidak mengutuskanmu menjadi Rasul wahai Muhammad melainkan rahmat untuk sekalian alam.


Dan inilah juga maksud sabda Rasulullah


Ertinya : Allah mempunyai tiga kehormatan, sesiapa rnenjaganya nescaya Allah mempermudahkan urusan agama dan urusan dunianya. Sesiapa yang tidak menjaganya nescaya Allah tidak memberi apa-apa kemudahan untuknya. Tiga kehormatan itu ialah:


Kehormatan Islam


Kehormatanku (Rasulullah )


dan Kehormatan keluargaku .


Dan inilah juga maksud sabda junjungan  kepada Saidina Abu Bakar


Ertinya : Jangan anda menghina sesiapa pun orang Islam kerana orang Islam yang kerdil dan hina pada pandangan dunia itu adalah besar dan mulia di sisi Allah.


Keempat: Budi pekerti teras agama Islam


Budi pekerti yang mulia menjadi tugas untuk Rasulullah menyempurnakannya sebagaimana sabdanya:


Ertinya : Sesungguhnya saya diutus semata-mata untuk melengkapkan budi pekerti mulia.


Prinsip ini adalah satu-satunya teras agama Islam. Maksudnya seseorang Muslim itu hendaklah berlemah lembut terhadap keluarganya, para pekerjanya dan sekalian kaum Muslimin.


Sabda Rasulullah


Ertinya : Ahli syurga ialah orang yang lemah tembut, mudah tidak cerewet, dan ahli neraka itu pula ialah orang yang keras lagi kaba’tsar. Mereka itu bertanya, “Apa itu kaba’tsar ya Rasulullah ?” Baginda menjawab, “Kasar dan keras terhadap keluarga, kasar terhadap isteri, kasar terhadap saudara mara.


Ertinya : Dan katakanlah sesuatu kepada manusia dengan sebaik-baiknya iaitu bukan yang terkeji.


Dan firman Allah lagi


Ertinya : Dan sampaikan kepada hambaku supaya rnereka mengatakan sesuatu yang baik.


Maksud yang baik itu ialah semua bentuk kebaikan dan juga yang lebih dari itu.


Ringkasnya : Apa sahaja kata-kata semangat dan perbuatan baik yang anda suka diperkatakan atau diperlakukan kepada anda maka hendaklah anda sampaikan kata-kata itu dan lakukan perbuatan itu terhadap orang-orang lain.


Begitu juga sebarang kata, percakapan dan perbuatan yang anda tidak suka disampaikan dan dilakukan kepada anda maka tinggalkanlah kerana Allah, melainkan seseorang itu mengikut perangainya dan kelakuannya terhadap makhluk lain. Allah akan memberi balasan yang setimpal kepada mereka. Maka sesiapa yang dapat memberi kegembiraan dan rahmat serta perlindungan kepada makhluknya nescaya akan mendapat balasan seperti itu dari Allah.


Begitulah sesiapa yang memuliakan seseorang hamba kerana hormatkan Tuan kepada hamba itu bererti dia telab memuliakan Tuan itu sendiri. Pengertian seperti inilah yang difahami daripada hadis Qudsi yang berbunyi:


Ertinya : Allah berkata kepada seorang hambanya pada hari kiamat, “Aku lapar tetapi engkau tidak memberiKu makan, Aku dahaga tapi engkau tidak mahu mengeluarkan air padaKu, Aku sakit tapi engkau tidak mahu menziarahiKu. Maka hamba itu bertanya kehairanan., bagaimana boleh lapar sedangkan Tuan yang memiliki seluruh alam? Bagaimana boleh dahaga sedangkan Tuan yang memilki seluruh alam? Bagaimana boleh sakit sedangkan Tuan yang memiliki seluruh alam?


Allah berfirman menerangkan kata-kata tadi, sesungguhnya hambaku Si Fulan itu sakit, jika engkau menziarahinya maka nescaya engkau dapati Aku bersamanya dan hambaku Si Fulan itu sedang kelaparan jika engkau memberinya makanan, nescaya engkau dapati Aku di sisinya, dan hambaku Si Fulan itu kehausan jika engkau memberinya minum nescaya engkau dapati Aku di sisinya.


Demikianlah Allah menerangkan yang dimaksudkan dengan ZatNya dalam firmanNya : HambaKu Si Fulan lapar, hambaKu Si Fulan sakit dan hambaKu Si Fulan minta air. Maka memberi layanan baik kepada hamba kerana menghormati Tuannya tidak syak lagi penghormatan kepada Tuan itu sendiri.


Orang yang berpegang teguh dengan sikap ini mengutamakan Allah Subhanahu Wataala dalam segala perkara.


Ketinggian budi pekerti seseorang itu terhadap Allah dan terhadap hambanya terhimpun dalam sabda junjungan kita Muhammad yang berbunyi:


Ertinya : Muliakan Allah taala dengan menjauhkan diri daripada perkara-perkara yang ditegah iaitu janganlah Allah melihat anda berada di tempat laranganNya dan janganlah Allah kehilangan anda dari tempat yang disuruhNya.


Sikap yang boleh menimbulkan perasaan malu seseorang terhadap Allah Subhanahu Wata'ala ialah sentiasa mengingat bahawa Allah memerhati dan menyaksikan tiap-tiap sesuatu seperti firmannya:


Ertinya : ... ketahuilah sesungguhnya Allah mengetahui apa yang ada dalam hati kamu, maka beringat-ingatlah kamu akan kemurkaanNya... (Surah al-Baqarah ayat 235)


Apabila hati seseorang hamba itu sentiasa menyedari perhatian Allah ini dan dia menjadikan kesedaran itu sebagal amalannya ketika itu timbullah perasaan malu untuk melafazkan atau melakukan sesuatu yang tiada diredhai oleh Allah kerana tidak layak dengan keagungan sedangkan dia sentiasa teringat firman Allah:


Ertinya : Dia (Allah) ada bersama kamu mana-mana sahaja kamu berada. Ya Allah tetap bersamanya dan memerhatikannya.


Kerana itu jika seorang hamba itu hendak berzina atau mencuri umpamanya sedangkan manusia ada yang memerhatikannya tentulah dia tidak sanggup melakukannya kerana perbuatan itu mendatangkan keburukan dan keaiban pada dirinya. Maka kalaulah begitu keadaannya bersama-sama makhluk lemah yang tidak dapat mendatangkan apa-apa bahaya atau pertolongan kerana takutkan jatuh maruah dan kedudukan di sisi manusia, maka tidaklah syak lagi ketika hatinya mengingat Allah di saat akan melakukan perbuatan yang tidak diredhai oleh Allah itu, dia akan meninggalkan perbuatan itu sama sekali.


Inilah maksud sabda junjungan kita Muhammad tentang pengertian Al-Ihsan iaitu:


Ertinya : Bahawa engkau beribadat kepada Allah seolah-olah engkau melihatNya, jika tidak melihatNya pun maka Allah tetap melihat engkau.


Maka sesiapa yang berada dalam keadaan seperti ini tentu akan menunaikan ibadat itu dengan baiknya mengikut kadar kebaikannya tentang perhatian Allah kepadanya.

Sunday, 19 June 2011

Audio Tahlil Khusus


Sila maksimumkan speaker  untuk dengar.
 Ada bunyi sahaja, tiada visual.

Thursday, 16 June 2011

Lokasi Halaqah Ilmu Dan Zikir Tariqat Ahmadiah di Malaysia

1.  Ahmadiah Idrisiah Rasyidiah Dandarawiah

Madrasah As-Saidiyyah
Surau Kampung Pondok Rasah
70300 Rasah, Seremban,
Negeri Sembilan.
(Hari selasa malam rabu dan hari khamis malam jumaat)

Surau Tuan Guru Haji Awang Alim Atas Banggol,
Jalan Atas Paloh
Kota Bharu, Kelantan.
(Lepas Maghrib Hari Khamis  Malam Jumaat dan Hari Ahad Malam Isnin)

Masjid Tuan Guru Haji Daud
Bukit Abal
16400 Pasir Putih
Kelantan.
(Hari Rabu malam Khamis)

Pondok Kampung Pek ( Bukit Abal ),
18500 Machang, Kelantan

Madrasah Addiniah Ahmadiyyah ( Bukit Abal ),
Lot 7821, Jalan Puyuh, Batu 10,
Off Jalan Cheras,
43200 Kajang,
Selangor Darul Ehsan


Surau Ustaz Hussin Bin Ramli
Kg Nyior Sebatang
Tasek Gelugor
Seberang Perai Utara
Pulau Pinang.

Tahfiz Ar-Redha (Bukit Abal)
No. 47 Jalan Pantai,
Kampung Tanah Lot,
23000 Dungun,
Terengganu Darul Iman

(Ustaz Ismail Bin Aman)
[setiap hari Ahad malam Isnin]

2. Ahmadiah Ja'fariah

Madrasah At-Taufiqiah Al Husainiah
Kg. Chenong, Chengkau 
71300 Rembau, Negeri Sembilan.


Lot 6070, Lorong Kanan 3,
Kampung Ismail,
70400 Ampangan, Negeri Sembilan.
(Berhampiran dengan Surau Kampung Ismail)
(Ustaz Syuhada Mahmud Talib)
Jumaat (9.15p.m)
Sabtu (08.30 a.m)
Rabu (09.15 p.m)
Ahad (03.00 p.m)

3.  Ahmadiah Syazuliah

Persatuan Pengubatan Islam Darul Ansar Malaysia
No. 16, Jalan BP 1,
Taman Bertam Utama,
75200 Pulau Gadong,
Melaka.
No. Tel: 013-611 1706
( Hari Khamis, selepas solat Isyak )

4.  Ahmadiah Adamiah

Masjid Kg.Laut,
Tumpat
Kelantan.


Nota:

-Harus banyak tempat lagi. Tak tercari tertulis oleh ana. E-mel alamat penuh markaz/surau/madrasah tariqat Ahmadiah berserta di bawah tariqat Ahmadiah yang mana, ke ahmadiahidrisiyyah@gmail.com kalau ingin dimasukkan ke dalam posting ini. Sharing is caring.

Wednesday, 15 June 2011

Pengenalan Ilmu Tasauf

1.  Namanya : Ilmu Tasauf, Ilmu Sirr dan ilmu perjalanan menuju keredhaan Allah.

2.  Pengertiannya : Iaitu Ilmu untuk mengetahui segala urusan nafsu ( hati ) dan sifat-sifatnya yang keji dan terpuji.

3.  Tempat perbahasannya : Iaitu Nafsu ( Hati ) berkenaan perkara- perkara yang berkaitan dengan segala keadaan-keadan hati dan segala sifat-sifatnya.

4.  Buah hasilnya : Iaitu tercapai dengan sebabnya kesucian hati daripada aghyar ( Ingatan selain daripada Allah Taala) dan terhiasnya hati dengan penyaksian  Allah Taala.

5.  Hukumnya : Iaitu wajib ain ( fadhu ain ) atas tiap- tiap mukallaf. Demikian itu kerana seperti mana wajib mempelajari ilmu-ilmu yang memperbaiki zahir, seperti itulah juga wajib mempelajari perkara- perkara yang memperbaiki hati.

6.  Kelebihannya : Iaitu yang teratas dari segala ilmu yang lain dari segi ianya adalah Wasilah ( yang menyampaikan) kepada segala perkara tersebut.

7.  Nisbah (bandingan ) dengan yang ilmu lain : Ia adalah asal tiap- tiap ilmu dan perkara- perkara yang selainnya adalah cawangannya. Nisbahnya di antara perkara- perkara yang batin samalah seperti nisbah ilmu fekah terhadap perkara-perkarayang zahir.

8.  Penyusun : Terdiri daripada mereka, semua Pemuka Ahli Tasauf yang ariffin Billah ( yang telah mengenal Allah Taala, dengan  mata hati ).

9.  Tempat ambilannya : Iaitu daripada Kalam Allah ( Al-Quran) dan hadis Rasulullah Muhammad S.A.W. dan daripada mereka yang mempunyai yakin dan pengenalan ( Makrifat kepada Allah Taala).

10.  Masalah- masalahnya : Iaitu segala  konsep-konsep  yang dibahaskan di dalamnya terdiri daripada hakikat perkara-perkara  yang timbul ( yang hasil daripada menjalani riyadah ilmu tasauf ) seumpama al-fana`,al-baqa`,al-muraqabah dan lain- lain lagi.

Keperluan Berbai'ah Sebelum Mengamalkan Awrad Tariqat

Tanpa Bai'ah: Dikira sebagai Zikir Hasanat iaitu zikir yang beroleh pahala apabila diamalkan.

Dengan Berbai'ah: Dikira sebagai Zikir Darajat iaitu zikir untuk mendaki makam-makam Ihsan.

Wallahua'lam.

Nota:

Menjadi kelaziman untuk wusul melalui tariqat, tetapi tanpa melalui tariqat itu pun boleh wusul juga kerana ia sesuatu yang harus di sisi Allah Taala.

Tariqat-tariqat Yang Bersumberkan Awrad/Ajaran Syeikh Ahmad Ibn Idris

Antaranya:

i- Al-Idrisiyyah
ii- Sanusiyyah
iii- Dandarawiah
iv- Rasyidiyyah
v- Shalihiyyah
vi- Madaniyyah
vii- Ja'fariyyah
viii- Madjzubiyyah
ix- Khatmiyyah
x- Mirghaniyyah

Nota:
- Ahmadiah Qadiani bukan tariqat dan tiada kaitan dengan tariqat-tariqat yang bersumberkan awrad/ajaran Syeikh Ahmad Ibn Idris.

Fatwa berkaitan Ahmadiah Idrisiah di Malaysia

KEPUTUSAN
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Bil 3/1428
Pada 10 Rejab 1428H
bersamaan 25hb Julai 2007

Saya dengan ini membuat dan mengeluarkan, bagi pihak dan atas nama Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Darul Khusus, keputusan berikut:

1.  ...
2.  ...
3.     Amalan yang diamalkan oleh tarekat al-Ahmadiah al-Idrisiyyah al-Rashidiyyah al-Dandarawiyyah seperti yang dinyatakan di dalam borang TT1 jadual kedua Enakmen Tarekat Tasawwuf (Negeri Sembilan) 2005  diperakukan benar.

4.     Syeikh tarekat al-Ahmadiah al-Idrisiyyah al-Rashidiyyah al-Dandarawiyyah hendaklah memastikan ahlinya sentiasa mematuhi arahan dari masa ke masa samada arahan berkenaan daripada Syeikh ataupun Pendaftar Tarekat Tasawwuf.

5.     Perakuan Pendaftaran adalah tertakluk kepada peruntukan undang-undang dan sekiranya ada penyelewengan, pendaftar berhak untuk menarik kelulusan ini setelah memaklumkan kepada Jawatankuasa Fatwa Negeri dan seperti peruntukan undang-undang.

6.  ...
7.  ...


mohd zaidi bin ramli
Timbalan Mufti Kerajaan Negeri,
Negeri Sembilan Darul Khusus

Petikan daripada http://www.muftins.gov.my Portal Rasmi Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan  

Nota:
- Tarikat-tarikat lain di bawah nama Ahmadiah Idrisiah juga mempunyai amalan-amalan asas dan kitab-kitab rujukan yang sama. 

Husun Mani‘ah

Fatihatul Aurad




Klik pada ayat-ayat di atas untuk besarkan.

Amalan-Amalan Utama

Amalan-amalan yang diterima oleh Sayyidi Ahmad bin Idris ialah:

i. Fatihatul Aurad

ii. Al-Tahlil

iii. Al-Salawat al-‘Azimiah

iv. Al-Istighfar al-Kabir

v. Al-Mahamid al-Thamaniah

vi. Al-Ahzab Arba‘ata ‘Ashar

vii. Al-Husun Mani‘ah

viii. Al-Ahzab

Tuesday, 14 June 2011

Makna Istighfar Kabir

Aku pohon ampun kepada Allah yang Maha Agung yang tiada Tuhan melainkan Allah yang Maha Hidup lagi Mentadbir langit dan bumi,

Maha Pengampun segala dosa, Empunya sifat Kehebatan dan Kemuliaan,

Aku bertaubat kepadaNya dari semua maksiat seluruhnya dan segala dosa dan kesalahan,

Dan dari setiap dosa yang telah aku lakukan, dengan sengaja dan tersalah pada zahir dan batin, perkataan dan perbuatan, pada seluruh gerak geriku, diamku, lintasan fikiranku dan nafasku seluruhnya sentiasa berkekalan,

Dari dosa yang aku ketahui dan dari dosa yang aku tidak ketahui.

Sebilangan apa yang diliputi dengannya ilmu Allah dan yang dicatit oleh kitab dan yang digariskan oleh kalam dan sebilangan apa yang diadakannya oleh kekuasaan Allah dan yang ditentukannya oleh kehendak Allah,

Dan sebanyak dakwat kalimat Allah seperti mana yang sayugia bagi sifat Jalal Zat Tuhan kami dan JamalNya dan kesempurnaanNya,

Dan sebagaimana yang dikasihi oleh Tuhan kami dan Dia redhai.

Makna Selawat Azimiah

Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon kepadaMu dengan Nur Wajah Allah yang Maha Agung,

yang memenuhi segala penjuru 'Arasy Allah yang Agung,

dan dengannya berdiri seluruh alam Allah yang Agung,

Moga Engkau berselawat ke atas penghulu kami Muhammad yang mempunyai martabat yang Agung,

dan ke atas keluarga Nabi Allah yang Agung,

dengan kadar kebesaran Zat Allah yang Maha Agung,

pada setiap kerlipan mata dan nafas sebanyak bilangan ilmu Allah yang Maha Agung,

dengan salawat yang berkekalan sebagaimana kekalnya Allah yang Maha Agung,

Penghormatan bagi engkau wahai tuan kami, wahai Muhammad, wahai yang mempunyai akhlak yang Agung (indah),

Salam kesejahteran daripadaMu ke atasnya dan ke atas keluarganya seperti yang demikian itu juga,

Himpunkanlah di antara aku dan dia (Muhammad S.A.W.) sebagaimana Engkau menghimpunkan antara roh dan jasad, zahir dan batin sama ada ketika sedar atau tidur,

Jadikanlah dia (Muhammad S.A.W.) wahai Tuhanku roh bagi zatku daripada sekalian wajah (keadaan) di dalam dunia ini sebelum hari akhirat, wahai Allah yang Maha Agung.

Monday, 13 June 2011

Lokasi Untuk Berbai'ah di Malaysia

Ahmadiah Idrisiah Rasyidiah Dandarawiah

Syeikh Dato Hj Mohd Murtadza
b Syeikh Ahmad,
No. 97, Taman Sri Putih, Jln Tok Ungku,
70100 Seremban.
@ Kg. Pondok Rasah, Seremban, Negeri Sembilan.



Syeikh Ustaz Sa'ari Bin Hussin,
Surau Haji Awang Alim Atas Banggol,
Jalan Atas Paloh, Kota Bharu,
Kelantan.
Facebook: Ahmadiah Idrissiah Atas Banggol









Ahmadiah Idrisiah Rasyidiah Dandarawiah (Bukit Abal)

Syeikh Ustaz Haji Wan Muhammad Ridha
bin Syeikh Tuan Guru Haji Daud al-Libadi,
Tepi Masjid Tuan Guru Hj. Daud,
Kampung Bukit Abal, Pasir Putih,
Kelantan.








Ahmadiah Idrisiah Ja'fariah

Syeikh Muhammad Fuad bin Kamaludin Al-Maliki ,
Pejabat Urusan Yayasan Sofa,
No. 17-1, Medan Bukit Indah 4,

Taman Bukit Indah,
Pusat Bandar Bukit Indah,

68000 Ampang.
Tel.: 03 4292 2911
Faks.: 03 4292 3911
E-mel:
ysofa@yayasansofa.com




Muhammadiyyah al Idrisiyyah
al Ahmadiyyah as Syazuliyyah

Syeikh Ustaz Muhammad Rajab Akmal
bin Abdul Halim Al Idrisi
No. 4, Jalan Seri Tanjung 5,
Taman Seri Tanjung,
76400 Tanjung Kling, Melaka.
E-mel: ibnuhalim_darulansar@yahoo.com 
            darulansar@yahoo.com




Nota:
- Dikemaskini setakat 15 Jun 2011.
- Susun atur kandungan posting ini tidak ada kaitan dengan keutamaan tarikat itu dan ini.
- Harus ada lagi yang boleh membai'ahkan tariqat Ahmadiah di Malaysia. Boleh e-mel kepada ahmadiahidrisiyyah@gmail.com kalau ingin dimasukkan dalam posting ini.

Silsilah Tuan Shaykh Sayyid Ahmad Bin Idris


'Save' dan lihat dalam Picture Viewer untuk lebih jelas.

Tuan Shaykh Sayyid Ahmad Bin Idris – (1757-1835)

Tuan Shaykh Sayyid Ahmad bin Idris dilahirkan di Maisur iaitu sebuah perkampungan di dalam daerah ‘Arayish, yang terletak di kota Fez (Morocco) pada bulan Rejab tahun 1163 H (1749-50 Masihi). Namun ada riwayat pula yang menyebut bahawa beliau dilahirkan pada tahun 1172H (1757-58 Masihi).Nama penuh beliau adalah Tuan Shaykh Sayyid Ahmad ibn Idris ibn Muhammad ibn ‘Ali ibn Ahmad ibn Muhammad ibn Abdullah ibn Ibrahim ibn Umar ibn Ahmad ibn ‘Abdul Jabbar ibn Muhammad ibn Yamluh ibn Masyish ibn Abu Bakar ibn ‘Ali ibn Hurmah ibn ‘Isa ibn Salam ibn Marwan ibn Haidarah ibn Muhammad ibn Idris al-Asghar ibn Idris al-Akbar  ibn ‘Abdullah al-Kamil ibn al-Hassan al-Muthanna ibn Saiyyidina Hassan al-Sibt ibn Saiyyidina ‘Ali dan Saiyyidatina Fatimah al-Zahra’ binti Habibuna Saiyyidina Muhammad Rasulullah . Beliau merupakan ahli keluarga Syarif Hasani Idrisi yang masyhur di Morocco kerana keturunan Imam Idris ibn ‘Abdullah al-Mahd pernah mempunyai kerajaan dinasti di Fez (788-974).

Semenjak kecil lagi Tuan Shaykh Sayyid Ahmad ibn Idris dididik dalam suasana yang penuh dengan kezuhudan dan keilmuan dan telah berguru dengan beberapa ulama dan ahli sufi yang termasyhur di zamannya. Melihat pada latar belakang pendidikan Tuan Shaykh Sayyid Ahmad bin Idris, ternyata beliau mempunyai sanad yang merangkumi semua bidang ilmu terutama hadith, tafsir, fiqh (4 mazhab) dan tasawwuf.


Selain daripada mempelajari al-Quran, Hadiths, ilmu Tafsir, Aqidah dan Fikh, beliau telah mempelajari ilmu tasawuf sampai mendapat ijazah untuk mengajar ilmunya dari seorang sufi pimpinan Tariqah Khidriah, yakni Tuan Shaykh Sayyid Abu Al-Mawahib Abdul Wahhab at-Tazi . Gurunya yang lain dalam bidang tasawuf adalah Tuan Shaykh Abdul Qosim Al-Wazir (Tariqah Syaziliah) dan Shaykh Hasan Al-Qina’i (Tariqah Khalwatiah). Di sini nampaknya beliau mendalami dan mengajarkan bermacam Tariqah lainnya. Beliau telah menerima beberapa tariqah seperti Tariqah Naqshabandiah, Qadiriah, dan lain-lain lagi.

Beliau mendapat ajaran Tariqahnya sendiri langsung daripada Rasulullah.Dalam pertemuan suri  di antara Tuan Shaykh Sayyid Ahmad bin Idris dengan Rasulullah itu, Nabi Allah Khidr hadir sama. Rasulullah telah mengarahkan Saiyidina Khidr supaya mengajar Tuan Shaykh Sayyid Ahmad akan ayat-ayat dzikir Tariqah Syaziliyah. Kemudian, Baginda menyuruh Nabi Khidr mengajar Tuan Shaykh Sayyid Ahmad akan dzikir, selawat dan istighfar yang terbesar dan terafdhol sekali. Maka Nabi Allah Khidr mengajar Tuan Shaykh Sayyid Ahmad lafaz Tahlil Khusus, Selawat Azimiah dan Istighfar Kabir. Dalam pertemuan itu juga, Rasulullah menerangkan kepada Tuan Shaykh Sayyid Ahmad sudut keutamaan dan rahsia-rahsia Tahlil Khusus, Selawat Azimiah dan Istighfar Kabir tadi. Selepas itu Baginda mentalqinkan dzikir itu kepada Tuan Shaykh Sayyid Ahmad tanpa perantaraan. Maka lahirlah sebuah tariqah yang agung yang dipimpin dan disebarkan oleh al-Qutb al-Muhaqiqqin Tuan Shaykh Sayyid Ahmad ibn Idris ini.

Pada pandangan ahli sufi, Tuan Shaykh Sayyid Ahmad bin Idris dianggap sebagai seorang wali yang telah mencapai maqam Qutub iaitu martabat yang tertinggi dalam pimpinan kaum sufi dan juga dikatakan meraih maqam Sultan Salatin al-Awliya. Selain daripada itu, beliau juga terkenal sebagai seorang ulama pembaharu (mujadid). Beliau telah banyak menggembara dan berdakwah di jalan Allah serta menyebarkan ajaran Tariqahnya ke merata tempat hingga ke Makkah, Madinah, Mesir, Sudan, Yaman, etc.

Beliau telah wafat pada malam Sabtu di antara waktu Maghrib dan Isya’ pada tanggal 21 Rejab. Anak muridnya Saiyyid al-Soleh Ahmad Uthman al-‘Uqaili dilantik untuk memandikannya dan jenazah beliau telah disembahyangkan oleh al-‘Allamah al-Wali Saiyyid Yahya ibn Muhsin al-Ni’ami al-Hasani . Beliau dikebumikan pada pagi itu, 21 Rejab 1837 Masihi (1253 H) di Sabya. Kota Sabya yang pada masa itu berada di Tanah Yaman, namun sekarang adalah di bawah kuasa Kerajaan Saudi.



Audio Solawat Azimiah

Tahlil Khusus



Istighfar Kabir