Search This Blog

Showing posts with label wirid. Show all posts
Showing posts with label wirid. Show all posts

Wednesday, 15 June 2011

Keperluan Berbai'ah Sebelum Mengamalkan Awrad Tariqat

Tanpa Bai'ah: Dikira sebagai Zikir Hasanat iaitu zikir yang beroleh pahala apabila diamalkan.

Dengan Berbai'ah: Dikira sebagai Zikir Darajat iaitu zikir untuk mendaki makam-makam Ihsan.

Wallahua'lam.

Nota:

Menjadi kelaziman untuk wusul melalui tariqat, tetapi tanpa melalui tariqat itu pun boleh wusul juga kerana ia sesuatu yang harus di sisi Allah Taala.

Husun Mani‘ah

Fatihatul Aurad




Klik pada ayat-ayat di atas untuk besarkan.

Amalan-Amalan Utama

Amalan-amalan yang diterima oleh Sayyidi Ahmad bin Idris ialah:

i. Fatihatul Aurad

ii. Al-Tahlil

iii. Al-Salawat al-‘Azimiah

iv. Al-Istighfar al-Kabir

v. Al-Mahamid al-Thamaniah

vi. Al-Ahzab Arba‘ata ‘Ashar

vii. Al-Husun Mani‘ah

viii. Al-Ahzab

Tuesday, 14 June 2011

Makna Istighfar Kabir

Aku pohon ampun kepada Allah yang Maha Agung yang tiada Tuhan melainkan Allah yang Maha Hidup lagi Mentadbir langit dan bumi,

Maha Pengampun segala dosa, Empunya sifat Kehebatan dan Kemuliaan,

Aku bertaubat kepadaNya dari semua maksiat seluruhnya dan segala dosa dan kesalahan,

Dan dari setiap dosa yang telah aku lakukan, dengan sengaja dan tersalah pada zahir dan batin, perkataan dan perbuatan, pada seluruh gerak geriku, diamku, lintasan fikiranku dan nafasku seluruhnya sentiasa berkekalan,

Dari dosa yang aku ketahui dan dari dosa yang aku tidak ketahui.

Sebilangan apa yang diliputi dengannya ilmu Allah dan yang dicatit oleh kitab dan yang digariskan oleh kalam dan sebilangan apa yang diadakannya oleh kekuasaan Allah dan yang ditentukannya oleh kehendak Allah,

Dan sebanyak dakwat kalimat Allah seperti mana yang sayugia bagi sifat Jalal Zat Tuhan kami dan JamalNya dan kesempurnaanNya,

Dan sebagaimana yang dikasihi oleh Tuhan kami dan Dia redhai.

Makna Selawat Azimiah

Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon kepadaMu dengan Nur Wajah Allah yang Maha Agung,

yang memenuhi segala penjuru 'Arasy Allah yang Agung,

dan dengannya berdiri seluruh alam Allah yang Agung,

Moga Engkau berselawat ke atas penghulu kami Muhammad yang mempunyai martabat yang Agung,

dan ke atas keluarga Nabi Allah yang Agung,

dengan kadar kebesaran Zat Allah yang Maha Agung,

pada setiap kerlipan mata dan nafas sebanyak bilangan ilmu Allah yang Maha Agung,

dengan salawat yang berkekalan sebagaimana kekalnya Allah yang Maha Agung,

Penghormatan bagi engkau wahai tuan kami, wahai Muhammad, wahai yang mempunyai akhlak yang Agung (indah),

Salam kesejahteran daripadaMu ke atasnya dan ke atas keluarganya seperti yang demikian itu juga,

Himpunkanlah di antara aku dan dia (Muhammad S.A.W.) sebagaimana Engkau menghimpunkan antara roh dan jasad, zahir dan batin sama ada ketika sedar atau tidur,

Jadikanlah dia (Muhammad S.A.W.) wahai Tuhanku roh bagi zatku daripada sekalian wajah (keadaan) di dalam dunia ini sebelum hari akhirat, wahai Allah yang Maha Agung.