Search This Blog

Showing posts with label tariqat. Show all posts
Showing posts with label tariqat. Show all posts

Thursday, 30 June 2011

CARA TERBAIK MENCARI GURU MURSYID DAN TARIQAT MU’TABAR

Jika seseorang tidak dapat membezakan di antara Guru Mursyid yang sebenar dan yang palsu, dia perlu mengerjakan solat sunat dua rakaat di waktu malam tahajjud, untuk memohon petunjuk Allah Ta'ala. Dia kemudiannya memohon kepada Allah menunjukan Guru Mursyid yang akan memimpinnya kepada jalan kebenaran. Dia mesti sungguh-sungguh merayu kepada Allah agar Dia memperlihatkan kepadanya orang yang akan membawa kepada kasih akan Allah Ta'ala.

Panduan tambahan di dalam mengenali Guru Mursyid yang siddiq (benar) serta Tariqat yang Mu’tabar:
 
1.   Tariqat tersebut dipimpin oleh seorang Shaikh yang mempunyai ciri-ciri PEWARIS NABI  iaitu mempunyai silsilah* yang nyata kepada Rasulullah, Alim dalam Syari’at dan Haqiqat, sentiasa bersifat benar, memiliki akhlaq Nabi dan sifat-sifat lainnya.

2.   Tariqat tersebut mempunyai Sistem Pendidikan Ruhaniyyah yang tersusun yang diterima sebagai warisan turun-temurun daripada Rasulullah.                         

3.   Tariqat tersebut tidak mengabaikan Syari’at sebaliknya menjadikan kedua-duanya sebagai gandingan menuju Allah Ta’ala.

* Tanpa silsilah yang nyata pun adalah HARUS di sisi Allah.

Wednesday, 15 June 2011

Pengenalan Ilmu Tasauf

1.  Namanya : Ilmu Tasauf, Ilmu Sirr dan ilmu perjalanan menuju keredhaan Allah.

2.  Pengertiannya : Iaitu Ilmu untuk mengetahui segala urusan nafsu ( hati ) dan sifat-sifatnya yang keji dan terpuji.

3.  Tempat perbahasannya : Iaitu Nafsu ( Hati ) berkenaan perkara- perkara yang berkaitan dengan segala keadaan-keadan hati dan segala sifat-sifatnya.

4.  Buah hasilnya : Iaitu tercapai dengan sebabnya kesucian hati daripada aghyar ( Ingatan selain daripada Allah Taala) dan terhiasnya hati dengan penyaksian  Allah Taala.

5.  Hukumnya : Iaitu wajib ain ( fadhu ain ) atas tiap- tiap mukallaf. Demikian itu kerana seperti mana wajib mempelajari ilmu-ilmu yang memperbaiki zahir, seperti itulah juga wajib mempelajari perkara- perkara yang memperbaiki hati.

6.  Kelebihannya : Iaitu yang teratas dari segala ilmu yang lain dari segi ianya adalah Wasilah ( yang menyampaikan) kepada segala perkara tersebut.

7.  Nisbah (bandingan ) dengan yang ilmu lain : Ia adalah asal tiap- tiap ilmu dan perkara- perkara yang selainnya adalah cawangannya. Nisbahnya di antara perkara- perkara yang batin samalah seperti nisbah ilmu fekah terhadap perkara-perkarayang zahir.

8.  Penyusun : Terdiri daripada mereka, semua Pemuka Ahli Tasauf yang ariffin Billah ( yang telah mengenal Allah Taala, dengan  mata hati ).

9.  Tempat ambilannya : Iaitu daripada Kalam Allah ( Al-Quran) dan hadis Rasulullah Muhammad S.A.W. dan daripada mereka yang mempunyai yakin dan pengenalan ( Makrifat kepada Allah Taala).

10.  Masalah- masalahnya : Iaitu segala  konsep-konsep  yang dibahaskan di dalamnya terdiri daripada hakikat perkara-perkara  yang timbul ( yang hasil daripada menjalani riyadah ilmu tasauf ) seumpama al-fana`,al-baqa`,al-muraqabah dan lain- lain lagi.

Tariqat-tariqat Yang Bersumberkan Awrad/Ajaran Syeikh Ahmad Ibn Idris

Antaranya:

i- Al-Idrisiyyah
ii- Sanusiyyah
iii- Dandarawiah
iv- Rasyidiyyah
v- Shalihiyyah
vi- Madaniyyah
vii- Ja'fariyyah
viii- Madjzubiyyah
ix- Khatmiyyah
x- Mirghaniyyah

Nota:
- Ahmadiah Qadiani bukan tariqat dan tiada kaitan dengan tariqat-tariqat yang bersumberkan awrad/ajaran Syeikh Ahmad Ibn Idris.